Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat tinjauan bagi menentukan sekiranya wujud unsur rasuah atau salah laku berkaitan pembangunan projek ladang hutan durian musang king di Gunung Inas, Kupang, Baling.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata ia adalah langkah awal suruhanjaya itu untuk mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan di bawah bidang kuasanya yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkaitan.